aNda CeMbuRu ?





DEFINISI "CEMBURU" menurut kamus- adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri kekasih atau rakan..
(tetiba jadi rajin plak aku kan menyelidik menggunakan kamus..cewaahhhh)..haha

Sifat cemburu ini boleh juga boleh wujud dalam persahabatan ,adik beradik.
aku pernah juga terdengar "cemburu tandannya sayang"..
betul ke statement ini yah...?
ini yang kita hendak tahu kan..kan...??hehe

si penulis blog nie cuba merungkaikan dengan sifat cemburu ini..dan bagaimana pula dengan anda..?adakah anda juga mempunyai sifat cemburu...???
sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang sukar dibendung.

Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’.
Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif...

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya..tapi betul ke kaum hawa ini lebih tinggi tahap cemburunya..??bagi aku...agak betol lah kot kan...(jangan marah..hehe..)

Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal...

sebaik-baikNya..terpulang kepada diri kita sendiri kan sejauh mana kita meletakkan tahap kecemburuan dalam diri kita..

anda pun dah besar panjang kan..seelok-eloknya perlu ada kesabaran dalam diri kita...yang penting adalah sifat "kesederhanaaN"..

wahh!!jadi penceramah motivasi plak kali nie kan..hehe



No comments: